Sunday, 12 January 2014

saje buat simpanan...:)

 
 
 
 
SEBAIK-baik sahaja menamatkan perkhidmatan sebagai Menteri Besar Kelantan, DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT yang juga Mursyidul Am Pas kelihatan agak ‘diam’ dan tidak lagi berada di bawah ‘radar’ media massa. Lebih 20 tahun, tokoh politik negara itu menjadi perhatian rakyat. Setiap kata dan gerak-gerinya menjadi perbualan hangat tambahan pula kenyataan beliau sering menongkah harus. Namun tidak ramai yang mengetahui kisah hidupnya selepas tidak lagi bergelar orang nombor satu di Kelantan.
Justeru, wartawan Mingguan Malaysia, ZAAIN ZIN bersama jurugambar, ROSNI MASRI menjejaki beliau yang menyambut ulang tahun ke 83 pada 10 Januari lalu, untuk mendapatkan kisah kehidupannya hari ini.
Usaha menjejaki tokoh yang sinonim dengan panggilan ‘Tok Guru’ itu bermula pada awal pagi Khamis lepas di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darul Naim, Kota Bharu kerana berdasarkan maklumat beliau sering ke pejabat, namun gagal.
Kemudian, usaha tersebut diteruskan ke Masjid Pulau Melaka kerana di sanalah lokasi yang paling mudah untuk bertemu dengan beliau terutama ketika waktu solat.
Ketika itu solat Zohor, pada mulanya agak hampa kerana tidak kelihatan kelibatnya biarpun solat jemaah telah bermula tetapi sebaik-baik sahaja solat selesai, beliau kelihatan keluar dari pintu sebelah kanan dan dipimpin oleh anaknya, Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.
Ketika dipimpin beliau memegang ‘beg plastik putih’ yang mempunyai saluran kecil ke tubuhnya. Difahamkan beg yang disediakan oleh pihak hospital itu untuk menyalurkan air kencing.
Beliau menyambut kunjungan Mingguan Malaysia dengan penuh berhemah walaupun pada mulanya beliau agak keberatan untuk ditemu bual tetapi akhirnya mempelawa masuk ke dalam rumah.
Sepanjang tempoh 30 minit berada di rumahnya, beliau menceritakan mengenai keadaan kesihatannya yang tidak pernah diketahui umum seperti masalah prostat, bateri untuk menguatkan jantung dan petua menjaga kesihatan.
Malah Tok Guru turut mendedahkan tentang aktiviti mingguan keluarga yang menghimpunkan 10 orang anak dan 60 cucu termasuk cicitnya pada setiap malam Ahad.
Beliau juga menceritakan secara terperinci kehidupannya yang ‘tenang’ selepas bebas daripada jawatan utama dalam Kerajaan Negeri Kelantan dan pandangannya terhadap kerajaan pimpinan Datuk Ahmad Yakob serta sikap malas membaca dalam kalangan orang Melayu.
MINGGUAN: Apa khabar Tok Guru, nampak ceria.
NIK AZIZ: Ceria sebab ada tetamu. Saya sebenarnya letih. Sekarang mudah letih. Kalau berbual pun letih, tak boleh lama.
Bagaimana keadaan kesihatan Tok Guru secara keseluruhan?
NIK AZIZ: Alhamdulillah. Untuk jantung, baterinya doktor kata buat masa ini, tidak perlu tukar lagi kerana masih molek. Bateri ini kurang bekerja kerana tidak begitu diperlukan memandangkan jantung saya masih gagah. Masalah saya sekarang ini adalah prostat. Masalah prostat ini menyebabkan saya kena bawa ‘beg’ (untuk menyalurkan air kencing) pergi ke mana-mana. Pada mulanya, doktor mahu memberi beg yang tak perlu bawa ke sana ke sini tetapi saya tidak mahu terima. Payah kalau hendak bergerak. Cuma beg ini saya perlu tukar, caranya sama ada saya pergi ke hospital buat pemeriksaan atau pihak hospital sendiri bawa ke mari seminggu sekali. Kalau hendak sembahyang, susah sikit tetapi tak perlu tukar cuma kena cuci dulu. Tidaklah sampai perlu cuci lima kali sehari. Saya cuci bila perlu, sekurang-sekurangnya sekali sehari. Alhamdulillah, tidak menganggu saya beribadat.
Bagaimana pula dari segi pengambilan makanan?
NIK AZIZ: Petua saya, ikut kata doktor. Dia kata minuman paling baik ialah air kosong, bukan campur macam-macam. Memandangkan saya ada masalah prostat, saya usaha sungguh-sungguh minum sebanyak mungkin air kosong. Tapi kadang-kadang, saya curi-curi minum teh dan kopi. Sebab ada masalah jantung, saya tak boleh makan daging, lemak dan santan. Saya cuma curi-curi makan kuah. Lauk saya biasanya sayur dan ikan bakar sahaja. Sekarang ini, saya hendak sangat makan ubi kayu, saya minta orang rumah tolong cari ubi kayu. Apa boleh buat, mengidam.
Boleh kongsi serba sedikit kehidupan Tok Guru selepas tidak lagi menjadi Menteri Besar?
NIK AZIZ: Tenang sahaja macam biasa. Tidak sibuk, namun kerajaan negeri beri satu institusi untuk saya urus yang dipanggil Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darul Naim, Kota Bharu. Saya ke sana setiap hari. Tetapi kalau kesihatan tidak mengizinkan, saya pergi dua atau tiga hari sekali. Kalau ada temu bual dengan wartawan pun saya akan pergi ke sana.
Bagaimana Tok Guru mengisi masa lapang jika tidak sibuk dengan tugas hakiki?
NIK AZIZ: Saya membaca. Buku saya banyak. Malah, rakan-rakan yang duduk luar negara pun turut kirim macam-macam buku. Masa saya di luar negara, contohnya Kaherah, saya tengok rakyat di sana gemar membaca. Dalam masjid pun orang bawa akhbar. Berbeza dengan orang Melayu, pemalas. Kesedaran untuk membaca tiada. Kita tidak dididik untuk membaca. Anak-anak kecil contohnya, sibuk dengan Internet. Tak pasti salah siapa, ibu bapa atau kementerian, wallahuallam.
Waktu saya mula-mula balik ke Tanah Melayu dulu, kad pengenalan saya hilang di India, jadi saya pergi buat yang baharu, ketika itu di Pejabat Tanah.
Sementara menunggu, saya membaca. Datang seorang rakan, tegur dan kata membaca buat apa? Patut dia bagi semangat, tapi dia perlekeh pula. Masya-Allah, berbeza benar pemikiran kita dengan orang luar. Wartawan sekarang ini, saya fikir perlu buat artikel-artikel yang boleh menimbulkan semangat untuk orang ramai membaca, tidak kiralah macam mana, Internet, Twitter atau Facebook.
Saya juga mengikuti perkembangan semasa menerusi surat khabar, Internet dan lain-lain. Kalau Internet, selalunya anak cuculah. Tak boleh banyak sangat tengok Internet, jadi khayal sampai habis masa saya. Terbongkok-bongkok duduk tengok Internet, bahaya.
Jadi, sekarang Tok Guru ada banyak masa bersama keluarga dan bermain dengan cucu dan cicit?
NIK AZIZ: Cucu ada 60 orang nak main macam mana. Sebenarnya setiap Sabtu malam Ahad, selepas Isyak, saya kerah semua anak cucu datang makan malam. Ini usaha saya untuk mengeratkan hubungan sesama mereka, terutama yang cucu-cucu ini. Dia hendak bertumbuk atau bergomol, itu dia punya pasal tetapi seronok juga sebab rumah jadi riuh.
Setiap dua atau tiga tahun, kami berkumpul ramai-ramai. Macam bulan lepas, kami berkumpul di Pantai Cahaya Bulan (PCB). Masa itu, ada lebih kurang 500 ahli keluarga sebelah arwah ayah saya dari seluruh negara datang.
Apa pendapat Tok Guru tentang kerajaan negeri sekarang yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob? Ramai yang kurang yakin dengan kebolehannya untuk mentadbir?
NIK AZIZ: Saya minta semua orang Pas sokong beliau kerana beliau jadi timbalan saya sudah bertahun-tahun, semua masalah atau urusan saya khususnya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dia yang jawab. Beliau merupakan anak murid saya yang sejati. Segala gerak-geri saya sudah disalin kepada dia. Maka dia tahu apa yang dia buat.
Dari segi dasar atau polisi mana boleh sama, kita kena ikut perkembangan semasa. Dia cara dia, saya cara saya, namun saya beri sokongan sepenuhnya kepada beliau.
Orang kata Menteri Besar sekarang pendiam dan kurang mesra, tak macam Tok Guru?
NIK AZIZ: Itu dia punya pasal. Tidak ada orang yang serupa di atas dunia ini, muka tak serupa, anak saya 10 orang, cucu 60 orang mana ada serupa. DNA, cap jari mana ada serupa, Tidak ada yang serupa, malah Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan lain-lain pun tak serupa. Namun kalau ada yang kurang, saya tetap tegur. Tetapi saya tegur secara berdepan dan seorang diri, bukan ketika bercampur (ramai), kalau tegur masa bercampur ini, orang kata boleh melukakan hati. Jadi, mesti sama-sama seorang (secara empat mata).
Boleh komen sikit mengenai isu kalimah Allah yang masih diperkatakan serta kejadian rampasan Bible di Selangor?
NIK AZIZ: Tidak usah sebut isu kalimah Allah, perkara ini sudah lama kita putuskan, awak rujuk balik Pas Pusat kerana saya beri sokongan penuh apa sahaja keputusan mereka. Kejadian di Selangor (Jabatan Agama Islam Selangor rampas Bible bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah), itu urusan dia. Urusan negeri, orang kita tidak boleh campur. Macam urusan Kelantan, negeri lain nak campur, itu tak betul.
Akhir sekali, apa pesanan Tok Guru untuk renungan kita bersama?
NIK AZIZ: Saya pegang Kelantan selama 23 tahun, salah satu perkara yang saya ajar kepada rakyat ialah duduk atas dunia ini, kita cari duit biar banyak tetapi bukan setakat dunia sahaja. Di akhirat pun kena jaga. Sembahyang biar banyak, derma biar banyak, ceramah biar banyak, kuliah biar banyak. Biar semua seimbang dunia akhirat.
Saya nak beritahu kamu, wartawan sama macam tok guru. Kalau tok guru mengajar di masjid, wartawan pun sebenarnya mengajar manusia. Jadi, nak ajar macam mana? Ajarlah seperti yang Allah perintahkan, bukan ajar sebagaimana yang sesetengah manusia inginkan sebab nanti di akhirat kosong. Kita sama-sama pimpin manusia ke jalan yang betul. Supaya manusia ini ke syurga, tidak ke neraka.
Tok guru, wartawan, ibu bapa, penulis dan semua pihak perlu bekerja semua sekali supaya dapat bentuk ekonomi begini, sosial begini, pelajaran begini. Saya sudah berapa kali sebut, Pas memerintah negeri ini bukan dengan cara meniru orang putih, tetapi tiru Islam. Nabi Muhammad SAW jadi ‘Perdana Menteri’ 10 tahun di Madinah. Jadi Imam ketika sembahyang, baginda jadi panglima perang, baginda jadi menteri kewangan, baginda jadi menteri sosial, baginda jadi menteri dalam negeri, baginda jadi menteri luar negeri. Masyarakat dunia ketika itu terima baginda. Kita Melayu kurang bijaklah kalau memperlekehkan baginda.
Nama baginda kita sebut, tapi ajaran baginda kita perlekeh. Kita tolak Islam dan ambil kebangsaan. Bukan di sini sahaja duduk berbalah, di Arab pun berbalah juga tentang perkara ini.
Bagaimana Tok Guru melihat hubungan kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat pada masa ini?
NIK AZIZ: Negara kita ini mengamalkan demokrasi, jadi tidak ada sebab hubungan Pusat dengan negeri renggang. Yang peliknya, 23 tahun saya jadi Menteri Besar, saya tak pernah dapat bercakap dalam radio atau televisyen. Rakyat kita makin cerdik, ramai yang keluar universiti tiap-tiap tahun dan adakalanya, orang itu faham apa yang berlaku. Mana boleh sebuah kerajaan negeri tidak boleh bercakap menerusi radio atau televisyen dengan rakyat sendiri. Perangai Kerajaan Pusat ini, dia nak suruh orang ikut dia sahaja, jangan dengar apa kata pembangkang sedangkan mana boleh manusia hidup tanpa membangkang. Kita dua beradik pun berbalah, suami isteri pun berbalah, sahabat handai pun berbalah, begitu juga rakyat dengan kerajaan.


Monday, 18 November 2013

kenali lechitin !! macamana ia berfungsi untuk turunkan berat??



Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.


CARA MAKAN : 6 BIJI sehari selepas hadap makanan berat..hi hi

Sunday, 17 November 2013

Perbezaan ESP dengan soya lain dipasaran..



Perbezaan ESP dengan soya lain dipasaran..




Sejak akhir2 ni..ramai sgt yg bertanya dan meragui khasiat ESP dan menyamakan dengan sumber soya biasa..kat sini saya buat sedikit summary dan pemahaman supaya setiap kite yg ambil ESP mengambilnya dengan ilmu dan dengan ilmu itu baru kite yakin dan bila yakin baru laa khasiatnye akan betul2 terserap dan diserap sepenuhnya oleh badan dan memberikan hasil yang kite inginkan...makan tanpa ilmu tak bermakna apa2 malah akan memberi impak yg tak bgs sebab kite akan mudah goyah dan ketidakyakinan itu sendiri akan memungkinkan kite tak mendapat khasiat yg sepenuhnya dari ape yg kite makan dan ambil...

ESP ialah protin..kenapa protin penting?

  • Sbb Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.
  • APA yg BEST tentang ESP ?merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
  • Kelebihan ESP Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, Bantu hilangkan parut jerawat di muka, Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.

part tu sure dah tau kan..so..nak tau kenapa ESP soya BERBEZA daripada soya biasa?? 

JOM BACA 7 KRITERIA PENTING ESP :

INFO : Produk -ESP - 7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  •  
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  •  
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  •  
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  •  
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  •  
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium

Tuesday, 1 October 2013

supplement utk kencing manis...









assalamualaikum...ini adalah supplement utk penghidap kencing manis..

1- GLA - mengawal paras gula dalam darah, merendahkan gula dalam darah..sesuai utk penghidap kencing manis semasa tua

2- Zink - membantu mengekalkan atau mengeluarkan hormon insulin ( insulin ialah hormon yg menukarkan glukosa berlebihan kepada glukagon( bahan tidak bahaya kepada badan)

3- B kompleks - membantu menukarkan karbohidrat, glukosa, lemak kepada tenaga

sebenarnya byk lagi khasiat setiap produk, cuma sy terangkan khas utk kencing manis ....apa yg penting,kita usaha dan tawakal...dan istiqamah...

kita hanya mampu merancang, Allah juga merancang..tetapi, perancangan Allah lebih baik...

Wednesday, 14 August 2013

testimoni 2 - GOUT

2- Mr. Hubby  (Suami saya...yela,nk buat kajian kat sapo lg kalo bukan famili sendiri..hikhik...)

suami saya ada mslh GOUT.....umur early 30 an...tp dah kena,nk wat cmn...bila trace dia suka makan...tauge, daun sup,sadri..dlm kadar yg byk..then, nasi lemak.....mmg suka sgt....huhu..Jadi, ia akan menyerang bila waktu2x tertentu...

mula2x sy bg alfafa...dia rasa sakit...then sy bg lecithin, pun rasa sakit...pastu kitaorg pakat(sebab mahal kan..) beli VIVIX.....alhamdulillah, dah x rasa sakit.......

petunjuk rasa sakit bila suami sy makan mee goreng....5 min kemudian ibu jari kaki akan rasa denyut2x....dan terus xleh jalan..kena pi klinik inject...dan makan ubat semua...

bila suami xleh makan mee, sy goreng mee sanggul....alamak,kejadian yg sama berlaku,,,saya n anak peminat mee yg TEGAR!! heheh...

ok..then, lps cuba VIVIX dan omegaguard... aritu g rmh kawan, makan mee kari..dia pun nk mkn jgk...sy mmg runsing la waktu tu..tp kesian la dia pulak...lps mkn,sy tanya ada sakit x..dia kata x sakit..alhamdulillah...:)

kena bg yag mahal terus baru jalan ek...hihi



Nak bgtaunya....bila kita dah kena penyakit, mmg payah nak pulih dah....sebab tulah, dari awal kena kawal..makan produk kesihatan...




sy bukan nk jual je tau...nak share jgk...
jom pilih yg terbaik utk keluarga anda.

.semulajadi, selamat dan insyaAllah berkesan...

testimoni pengguna

TESTIMONI 1

 nur izzati  (saya sendirila...tu yg yakin sgt nak promote shaklee,hehe)

1- ada mslh sembelit sampai berdarah..sampai doc suruh pi further check up...tapi xpegi pun,takut..ada ke dia nak masukkan kamera dlm tu..ikut..'tut'..sori....so,sejak amal vitamin, alfafa, alhamdulillah..najis jd lembut..

2- ada mslh kulit..keturunan penyakit kulit...kalo pakai kain ketat..akana gatal2x kat perut..kalao makan ikan bilis atau belacan,akan gatal kat kaki..gatal sampai xleh nk cakap...penah bernanah ibu jari dek ekzema....slps amal vit c dan GLA...alhamdulillah...

3- selalu dijangkiti selsema dan berakhir dgn batuk selama 100 hari....huhu..malu la jgk..g ngaja kat skolah, batuk x nak batuk je..gatal2x tekak....saya amal vit c chewable...kalo mlm2x gatal2 anak tekak sampai xleh tido,sy kemam vit c...sbbnya mmg xtahu nk buat aapa... so sy try kemam vit c dan alhamdulillah....syukur..bila selsema dah kebah,maka batuk pun x menyerang....dan begitu jgk kalo rasa ada kahak,terus sy kemam vit c..

SELSEMA ADALAH VIRUS....ada org bgtau, MAKAN SHAKLEE PUN KENA SELSEMA KE....Kesian la xtahu peenyebab selsema ada lah virus...virus xkan hilang selagi xhabis tempoh dia....kalo makan ubat spital pun sama jer tempoh sembuh....so, mana lebih baik...makana bahan kimia@ bahan semulajaadi(shaklee)...?? lu pikirla sendiri...

dan....lagi, anak2 saya pun mcm tu,kalo nampak berhingus...sy akan suruh fatih (3 tahun lebih) telan vit c atau mamah...senang je dia ikut sbb dia selalu tgk sy makan vitamin,...eheh..dan alhamdulillah...dah jarang sgt kami g klinik..kalo x...sebulan ada 1-2 kali.....alhamdulillah...

Apa yg saya amalkan tiap2x hari yg wajib : vitalea (multivitamin), ostematrix(kalsium), ESP.

GLA- makan bila penyakit gatal mari..eheh

vit c - bila nak selsema, mmg pulun la makan..:)))


apa2x pun,semua dari Allah...masa makan tu, selawat2 la jgk kan...